fb fb fb fb fb

Malaysia komited perjuangkan isu keamanan, kedamaian dunia

PUTRAJAYA, 20 Ogos- Malaysia akan terus memperjuang isu keamanan dan kedamaian dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan itu dilaksana menerusi pelbagai platform penting di peringkat antarabangsa.

"Sewaktu lawatan saya ke Amerika Syarikat, di Washington bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, sewaktu makan malam malah sewaktu Sidang Kemuncak Khas Asean-Amerika Syarikat secara rasmi menegaskan tentang sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin.

"Walaupun kita tahu Amerika Syarikat punya pendirian tentang Palestin, tetapi itu tidak menyebabkan Malaysia tidak berani untuk menyuarakan tentang pendirian kita, mengutuk kekejamaan israel di bumi amerika," katanya.

(Ismail Sabri Yaakob)

Beliau menyatakan demikian dalam temu bual khas Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia-Teguh Bersama bersama Perdana Menteri yang disiarkan di saluran RTM, malam ini.

Mengenai konflik Rusia-Ukraine, Perdana Menteri berkata Malaysia tidak akan tunduk dengan arahan atau tekanan negara kuasa besar agar mengenakan sekatan unilateral terhadap Rusia.

Sebaliknya, mencadangkan dua negara berjiran itu menyelesaikan konflik menerusi meja rundingan.

Media Baharu