fb fb fb fb fb

Malaysia komited jadi negara berpendapatan tinggi berpaksi teknologi baharu

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob/Foto fail)

PUTRAJAYA, 22 Ogos- Kerajaan komited untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi berpaksikan penerimagunaan teknologi baharu serta penciptaan dan pembangunan teknologi tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata kerajaan akan terus berusaha membangunkan bakat masa hadapan bagi pertumbuhan yang inklusif dan mampan.

"Langkah intervensi perlu diambil bagi meningkatkan kedudukan Malaysia antara 20 teratas dunia dalam Indeks Inovasi Global.

(Malaysia komited jadi negara berpendapatan tinggi berpaksi teknologi baharu/Foto fail)

Ia selari dengan sasaran kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)," menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri berkata satu langkah strategik inovasi akan diwujudkan bagi meningkatkan pengkomersialan teknologi dan inovasi negara.

Selain itu, dasar yang melibatkan sumber manusia dan modal insan akan diteliti semula secara menyeluruh bagi menangani cabaran pasaran buruh.

Media Baharu