fb fb fb fb fb

Nilai eksport perkayuan disasar cecah RM30 bilion tahun ini

(Datuk Zuraida menyaksikan pemeteraian Memorandum
Persefahaman (MoU) antara CTCS Worldwide Sdn Bhd)

KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Nilai eksport industri perkayuan disasar cecah RM30 bilion menjelang hujung tahun ini dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara CTCS Worldwide Sdn. Bhd (CWSB) dengan tujuh pemegang taruh berkaitan.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, MoU ini akan memperkasakan penyertaan Bumiputera melalui pembangunan syarikat kayu-kayan Malaysia yang lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Usahawan Bumiputera akan diberi galakan melalui penyertaan promosi dan pameran, peningkatan kemahiran vendor melalui latihan dan pembangunan sokongan ekosistem industri perabot.

"Ketika ini mungkin kita menjalankan program-program tu secara serta-merta. Kita bagi satu jentera sini-sana tapi hasilnya tidak dapat lihat secara berkelompok.

"Jadi ini kita cuba uruskan agar lebih berstruktur dan diurus dengan baik, dan dipantau dengan baik.insya-Allah," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan pemeteraian MoU berkenaan di sini.

Melalui MoU ini, pemain industri akan dilatih menghasilkan produk menepati permintaan dan dapat bersaing dengan lebih kompetitif.

Sehingga Jun lalu, nilai eksport produk kayu-kayan menyumbang RM13.19 bilion iaitu peningkatan 13.79% berbanding tempoh sama tahun lepas.

(Datuk Zuraida berkata nilai eksport perkayuan disasar cecah RM30 bilion tahun ini)

Media Baharu