fb fb fb fb fb

Malaysia-India perkukuh kerjasama pengajian TVET

Pertemuan antara Datuk Mohamad Alamin dan Dr Rajkumar Ranjan Singh

KUALA LUMPUR, 30 November- Kementerian Luar Negeri, sedang memperkasa pengajian bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui program kerjasama dengan India.

Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata, pertemuan kali ini bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala bawah meknisme Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM).

"Apabila kita nak perbaharui MoU itu nanti kita akan pertimbang untuk memasukkan beberapa perkara baharu antaranya berkaitan denganTVET, dan ini akan kita meterai dalam lawatan Perdana Menteri kita ke India pada tahun hadapan,"katanya.

Beliau ditemui RTM ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, TYT Dr Rajkumar Ranjan Singh, Menteri Negara Hal Ehwal Luar dan Pendidikan Republik India hari ini di Kuala Lumpur.

Pertemuan tersebut membincangkan mengenai perkembangan hubungan dua hala bagi meneroka bidang kerjasama baharu yang berpotensi untuk diteroka oleh kedua-dua negara.

Perjumpaan kali ini merupakan hasil perbincangan pada mesyuarat yang berlangsung di New Delhi pada awal bulan November lalu yang dihadiri oleh Menteri luar Datuk Zambry Abdul Kadir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melawat India pada suku pertama tahun hadapan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE