fb fb fb fb fb

Malaysia guna segala usaha diplomatik halang pembunuhan di Gaza - PM

(Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Malaysia terus komited dalam memperkukuh usaha diplomatik serta kerjasama serantau bagi menghalang pembunuhan beramai-ramai melibatkan orang awam di Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia percaya menegakkan undang-undang antarabangsa serta keselamatan dan kemakmuran adalah berdasarkan keutamaan peraturan yang mengawal interaksi antara negara.

"Malaysia akan menggunakan segala usaha diplomatik dalam bekerjasama dengan rakan negara bagi menghalang pembunuhan beramai-ramai orang awam di Gaza dan ia tidak seharusnya ada keraguan terhadap komitmen negara ini.

"Ia berkaitan dengan undang-undang yang sepatutnya kita semua pertahankan pada saat bahaya besar ini... sewajarnya begitu, terutamanya bagi negara-negara di dunia yang sering kali mendakwa mereka menyokong undang-undang antarabangsa," katanya dalam ucaptama pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Persatuan Undang-undang ASEAN (ALA) di ibu negara hari ini.

Anwar juga menggesa agar negara-negara ASEAN memperjuangkan dasar yang menggalakkan kesaksamaan gender merentasi pelbagai bidang termasuk pendidikan, pekerjaan dan kepimpinan.

ASEAN perlu memberi ruang dan perhatian kepada sumbangan wanita, mengiktiraf potensi mereka dan memberi mereka peluang sama rata untuk memimpin dan berinovasi.

rtm
(Kanak-kanak menjadi mangsa serangan Israel di bandar Deir Al-Balah,
Semenanjung Gaza semalam/AFP)

Media Baharu