fb fb fb fb fb

Malaysia Digital berupaya hasilkan lebih banyak program berimpak tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Julai - Ekonomi digital negara terus dirancakkan menerusi rangka kerja inisiatif baharu, dikenali sebagai Malaysia Digital (MD).

MD dibangunkan berpandukan kepada tiga prinsip utama iaitu fleksibiliti, ketangkasan dan relevansi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lebih banyak banyak program berimpak tinggi dijangka diperoleh menerusi MD dan memberi impak langsung segera khususnya kepada Keluarga Malaysia.

Ia sekali gus dapat menjana pembangunan ekosistem ekonomi digital negara pada masa hadapan.

"Negara perlu melahirkan lebih ramai bakat dan tenaga kerja digital yang berdaya saing, infrastruktur yang serba lengkap dan terus memastikan keupayaan serta kapasiti negara kita, kekal bertaraf dunia.

Ini penting supaya kita dapat memastikan generasi masa depan mempunyai asas dan kemudahan yang diperlukan untuk terus memacu negara menjadi sebuah negara digital yang serba maju," kata Ismail di sini.

(Perdana Menteri berucap melancarkan Malaysia Digital di sini)

Menerusi projek mangkin MD atau PEMANGKIN, MD berfungsi secara holistik dalam mentransformasikan ekosistem ekonomi digital negara menerusi tiga keutamaan strategik.

Tiga keutamaan tersebut ialah membantu memacu adaptasi digital dalam kalangan usahawan muda, syarikat dan rakyat, menyokong syarikat teknologi tempatan untuk menjadi ‘Juara Malaysia', yang berjaya di peringkat antarabangsa serta menarik pelaburan bernilai tinggi.

Sementara itu bagi memastikan pelaksanaan MD lebih berkesan kabinet bersetuju untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi Malaysia Digital (MD-CC).

Ia bertujuan untuk menyelaras tadbir urus dan operasinya seperti penganugerahan Status MD.

MD menerusi projek mangkin MD akan berfungsi secara holistik dalam mentransformasi ekosistem ekonomi digital negara menerusi tiga keutamaan strategik.

Menerusi keutamaan berkenaan MD akan memacu lebih banyak program berimpak tinggi dan memberi impak langsung serta segera, khususnya kepada Keluarga Malaysia.

Dengan kerjasama dan muafakat pelbagai pihak, inisiatif MD ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya, kerajaan akan memberi tumpuan sepenuhnya supaya ia dapat dilaksanakan dengan lancar.

"Negara juga perlu melahirkan lebih ramai bakat dan tenaga kerja digital yang berdaya saing, infrastruktur yang serba lengkap dan terus memastikan keupayaan serta kapasiti negara kita, kekal bertaraf dunia," katanya lagi.

Setakat ini kerajaan sudah menganugerahkan Status MD kepada enam syarikat kelompok pertama iaitu Bytedance System Sdn Bhd dan Bridge Data Centres Malaysia (III) Sdn Bhd.

Selain itu, GDS IDC Services (Malaysia) Sdn Bhd, Abbott Laboratories (Malaysia) Sdn Bhd, Aceteam Connect Sdn Bhd serta Peninsula Apex Technologies Sdn Bhd.

Media Baharu