fb fb fb fb fb

Malaysia di tangga ke-10 negara paling selamat - Saifuddin

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Jun- Malaysia berada pada kedudukan ke-10 negara paling selamat di dunia secara keseluruhan dalam rangking Kedudukan Indeks Keamanan Global 2024 (GPI 2024).

Laporan Institut Ekonomi dan Keamanan, berpangkalan di Sydney, Australia itu turut meletakkan Malaysia pada kedudukan ketiga daripada 10 negara paling selamat di Asia Pasifik, selepas New Zealand dan Singapura.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution menyifatkan lonjakan kedudukan itu sebagai satu pencapaian luar biasa, berbanding kedudukan pada tahun lalu.

Pencapaian itu dipengaruhi oleh kemerosotan tahap keamanan di 97 negara kesan konflik di Gaza dan Ukraine, konflik melangkaui sempadan yang melanda 92 negara, pertambahan pelarian akibat konflik berkenaan dan impak ke atas ekonomi global kepada keganasan yang meningkat kepada 19.1 trilion pada 2023.

Faktor penyumbang lain termasuk peningkatan kes jenayah dan keganasan di Amerika Utara serta konflik berterusan di Asia Barat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM