fb fb fb fb fb

Malaysia catat pelaburan asing RM188.4 bilion, peningkatan 15.3 peratus berbanding 2022

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR, 1 April - Malaysia mencatatkan pelaburan asing berjumlah RM188.4 bilion pada tahun lepas, peningkatan sebanyak 15.3 peratus berbanding 2022.

Timbalan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata pelaburan domestik menyumbang sebanyak RM141.1 bilion yang menyaksikan peningkatan sebanyak 35.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"MITI juga ingin menjelaskan bahawa pelaburan yang diluluskan merujuk kepada perancangan pelaburan bagi perbelanjaan modal sesebuah projek dalam jangka masa panjang termasuk kos pembelian tanah, kilang, mesin, jentera dan lain-lain.

"Secara amnya, sesebuah projek yang diluluskan mengambil masa di antara 18 sehingga 24 bulan untuk dilaksana atau direalisasikan, bergantung kepada skala dan kompleksiti projek-projek yang berkenaan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Lim Pay Hen yang ingin tahu mengenai jumlah pelaburan yang telah berjaya dimeterai oleh kerajaan sepanjang tahun 2023.

Tambah Liew, Malaysia sebelum ini mencatatkan jumlah pelaburan yang tinggi tetapi tidak mempunyai pendekatan penyetempatan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN