fb fb fb fb fb

Malaysia cadang tubuh hab logistik minyak sawit di Mesir - Zuraida

FOTO BERNAMA

NEW DELHI, 22 Februari - Malaysia bercadang menubuhkan hab logistik dan pemasaran minyak sawit di Mesir untuk meningkatkan eksport komoditi negara ke Afrika.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata Mesir berminat bekerjasama membangunkan kemudahan penyimpanan, pengedaran dan pemasaran minyak sawit untuk pasaran negara jiran.

"Mereka mahu menjadi hab di wilayah itu. Kita boleh membangunkannya dengan penyertaan sektor swasta," katanya yang ditemu bual BERNAMA sempena lawatan kerja selama empat hari, di sini.

Tambahnya, cadangan penubuhan hab itu selari usaha negara dalam meneroka pasaran baharu bagi eksport komoditi utama.

"Syarikat-syarikat serupa mungkin ditubuhkan di lokasi baharu di Asia Tengah, Asia Selatan dan Asia Timur. Kita akan memberi tumpuan kepada Mesir dalam fasa kedua," katanya.

Januari lalu, Malaysia menubuhkan Syarikat Pemasaran Komoditi Bersepadu di Jeddah untuk mengembangkan eksport minyak sawit, kayu dan getah ke Arab Saudi.

Media Baharu