fb fb fb fb fb

Malaysia bakal jadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kepimpinan Wanita Sedunia 2023

KUALA LUMPUR, 28 September- Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kepimpinan Wanita Sedunia 2023 (WWLS 2023) yang akan menampilkan lebih 20 ikon bertaraf dunia.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, WWLS 2023 akan membincangkan isu kepimpinan wanita di peringkat global dalam segenap aspek.

Tema WWLS 2023 iaitu "Norma Baharu, Harapan Baharu, Impian Besar" adalah bertepatan dengan fokus negara selari dengan hasrat Keluarga Malaysia.

Persidangan tersebut akan menjadi sebuah pentas global untuk berbincang secara terbuka mengenai kesediaan wanita dalam menghadapai cabaran-cabaran khasnya dalam dunia baharu pasca pandemik.

Ia juga sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memperkasakan wanita serta meningkatkan kesaksamaan jantina di Malaysia.

"Ini adalah yang pertama kali kita adakan, julung julung kali kita adakan. Kita adakan program untuk 'World Women Leadrship Summit' ini 2023 kita nak himpunkan pemimpin-pemimpin luar.

"Insya-Allah ada pemimpin-pemimpin negara daripada yang wanita, perdana menteri-menteri wanita yang turut sama dalam menyertai 'World Women Leadership Summit' ini mana kita nak tunjuk bahawa kita nak gerakkan wanita ini. Kita nak bangkitkan wanita. Kita hendak tingkatkan kepimpinan wanita, ada kesedaran bahawa jika wanita ini diberikan peluang, merela boleh menerajui kepimpinan satu organisasi itu dengan bukan sama, malahan lebih baik lagi," kata Rina selepas merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Sidang Kemuncak Kepemimpinan Wanita Dunia 2023 (WWLS 2023) di Kuala Lumpur.


(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun)

Media Baharu