fb fb fb fb fb

Malaysia lancar rangka kerja ESG, akhir tahun ini

(Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menympaikan ucapan pada
Pelancaran Sistem Simpanan Tenaga Bateri BESS di Bangi)

BANGI, 11 April- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI akan melancarkan rangka kerja alam sekitar, sosial dan tadbir urus; ESG menjelang hujung tahun ini.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, rangka kerja baharu itu akan memudahkan peralihan syarikat tempatan kepada tenaga boleh diperbaharui.

"Rangka kerja itu juga akan memberi tumpuan kepada semua industri, khususnya perusahaan kecil dan sederhana, PKS,"katanya.

Tengku Datuk Seri Zafrul berkata demikian selepas Pelancaran Sistem Simpanan Tenaga Bateri; BESS yang pertama di negara ini.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata, BESS berupaya menjadi salah satu inisiatif utama di bawah Dasar Automotif Negara 2020, dalam menyokong pembangunan Pusat Kebolehoperasian Kenderaan Elektrik (EVIC).

Seterusnya, meningkatkan lagi integrasi grid pintar antara kenderaan elektrik dan infrastruktur di Malaysia.


(Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerima cenderamata daripada

Pengerusi Citaglobal Genetec BESS, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria)

Media Baharu