(Foto Fail)
KUALA LUMPUR, 11 April- Plus Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan dua juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya tersebut menjelang Aidilfitri.
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi dalam kenyataan memaklumkan, peningkatan aliran trafik sebanyak 20 peratus dijangka berlaku pada hari-hari puncak bermula 20 April, di susuli 21, 24, 25 dan 29 April.
Lonjakan trafik juga dijangka berlaku pada 1 Mei, 4 dan 7 Mei.
Justeru pengguna dinasihati merancang perjalanan bagi mengelak terperangkap dalam peningkatan trafik.
PLUS turut membuat pelbagai persediaan bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selamat dan selesa.
Ini termasuk aspek keselamatan, pengurusan trafik dan kesesakan, pengurusan kemudahan di kawasan rehat serta hebahan maklumat trafik dengan kerjasama pelbagai pihak.
(Pengguna dinasihati merancang perjalanan bagi
mengelak terperangkap dalam peningkatan trafik/Foto fail)