fb fb fb fb fb

75 anggota SMART bantu misi SAR gempa bumi di Turkiye - Armizan

KUALA LUMPUR, 6 Februari - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah digerakkan bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Selatan Turkiye.

Penerbangan dijadual malam ini menaiki pesawat Turkish Airlines.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan berkata, seramai 75 anggota terlibat dalam operasi itu membawa bersama peralatan peralatan yang akan digunakan dalam operasi SAR.

Tambahnya, proses penghantaran pasukan SMART itu dibuat setelah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim dan menerima pengesahan keperluan bantuan daripada kerajaan Turkiye.

(FOTO REUTERS)

Sebelum ini pasukan SMART telah menerima pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada tahun 2016 yang membolehkan pasukan itu dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara.

Media Baharu