fb fb fb fb fb

Cadangan terjemah preskipsi AGC masih tiada kata putus

PAYA TERUBONG, 6 Februari- Cadangan agar edisi Perlembagaan Persekutuan diterjemahkan kepada Bahasa Melayu bagi menggantikan teks asal dalam Bahasa Inggeris sebagai versi rasmi oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) masih tidak mendapat sebarang kata putus.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata, setakat ini tiada sebarang keputusan
yang diambil mengenai cadangan tersebut.

"Jika kita ingin menukar bahasa kepada Bahasa Melayu mungkin menyebabkan kekeliruan seperti yang anda tahu ada isu dengan tafsiran pelbagai perkataan," katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Bukit Gelugor di sini.

Awal bulan lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mencadangkan kepada kerajaan supaya preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu menjadi teks rasmi selaras Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan.

(Ramkarpal Singh)

Media Baharu