KUALA LUMPUR, 26 September- Malaysia Airlines memperluaskan rangkaiannya di Indonesia dengan memperkenal penerbangan terus baharu dari Kuala Lumpur ke Kertajati bermula 30 Oktober ini.
Penerbangan dua kali seminggu itu bagi memudahkan pelancong untuk meneroka Bandung dan lebih banyak bandar lain di Jawa Barat.
Rangkaian baharu tersebut akan menawarkan penerbangan terus ke tujuh bandar di Indonesia termasuk Jakarta, Denpasar, Medan, Yogyakarta, Pekanbaru dan Surabaya.
Penambahan Kertajati ke dalam rangkaiannya akan memberi keselesaan kepada pelancong, meningkatkan pelancongan dan mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Syarikat penerbangan itu menawarkan tambang pengenalan untuk masa terhad sehingga 8 Oktober bagi perjalanan bermula 3 Oktober hingga 29 Mac tahun depan dengan tambang bermula daripada RM519 pergi balik bagi Kelas Ekonomi dan RM1,969 pergi balik bagi Kelas Perniagaan.
(FOTO HIASAN)