fb fb fb fb fb

Majoriti penjawat awam beri komitmen terbaik kepada kerajaan

Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Dewan Sri Endon Puspanitapuri/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 5 Ogos- Majoriti penjawat awam telah memberi komitmen terbaik kepada kerajaan terutama dalam memberi khidmat bakti dan tenaga buat negara.

Ia dibuktikan menerusi kejayaan melonjakkan ekonomi dengan pengukuhan ringgit serta peningkatan pelaburan dan pelaksanaan projek kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi itu sudah pasti tidak mampu dicapai sekiranya tiada komitmen dan pengorbanan penjawat awam.

"Kerajaan bernasib baik kerana selalunya kalau kita lihat di media, yang ditegur itu adalah kelemahan, masalah lambat, ketirisan. Betul... kita tak nafikan, tetapi apa kurang diberi tumpuan ialah bahawa majoriti memberi khidmat bukan hanya sebagai penjawat awam dalam erti kata mengikut waktu dan tugas, tetapi mencurah seluruh bakti dan tenaga mereka untuk nusa dan bangsa", katanya.

"Mungkin ramai lain yang lebih berjasa, berkhidmat, tetapi pengalaman saya secara peribadi, dalam kerajaan mengemudi negara ini, ia tambah meringankan, apabila melihat penjawat awam, tokoh utama penjawat awam itu betul-betul komited dan mencurahkan segalanya, waktu, tenaga termasuk hujung minggu.

Datuk Seri Anwar berucap dalam Majlis Perhimpunan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bulan Ogos, di Putrajaya.

ROSLINA BINTI DIN