fb fb fb fb fb

Majoriti pengguna masih tunjuk sikap bertanggungjawab, tidak guna laluan kecemasan

(Dron dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) digunakan untuk mengesan para
pemandu yang menggunakan lorong kecemasan/BERNAMA)

TANJUNG MALIM, 2 Mei - Majoriti pengguna jalan raya masih menunjukkan sikap bertanggungjawab mematuhi undang-undang dengan tidak menggunakan laluan kecemasan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata bilangan mereka yang melanggar peraturan tersebut bagi mengelak kesesakan, sangat rendah.

Ia berdasarkan pemantauan pihaknya di laluan lebuh raya dan jalan Persekutuan sewaktu pelaksanaan Op Selamat 18, bersempena Aidilfitri sejak Jumaat lalu.

"Melalui pemerhatian, saya masih boleh katakan di sini majoriti pengguna lalu lintas sangat baik. Mereka tidak melanggar lorong kecemasan kerana orang yang melanggar itu terlampau sikit sangat dan kita harap perkara ini berterusan sehingga selepas hari raya," katanya.

(Mohd Nadzri (kanan) melihat anggota Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) mengawal dan menerbangkan dron bagi
memantau keadaan aliran trafik di Kilometer 365.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Utara/BERNAMA)

Beliau berkata demikian selepas melakukan Demo Unit Dron PGU dalam penugasan Op Selamat 18 di Kilometer 365.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini.

Mohd Nadzri berkata penugasan dron ini akan dilaksanakan setiap hari di pelbagai lokasi.

Di samping itu, beliau turut menggalakkan orang ramai untuk melaporkan kesalahan jalan raya kepada pihak polis untuk diambil tindakan.

Media Baharu