fb fb fb fb fb

Aidilfitri: Cuti Hari Pekerja secara automatik dibawa kepada Rabu

(Ismail Sabri/FOTO PMO)

KUALA LUMPUR, 2 Mei - Cuti Hari Pekerja secara automatik dibawa kepada Rabu ini, selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidilfitri esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perubahan itu selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).

"Selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri bagi tahun 2022 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa 1 Syawal 1443H, Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 jatuh pada Isnin, maka Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada Hari Rabu, 4 Mei 2022," katanya dalam kenyataan media malam ini.

Menurutnya, gantian cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad iaitu hari bekerja di negeri-negeri tersebut.

"Walau bagaimanapun, ia adalah tertakluk pada keputusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti," tambahnya.

Mengakhiri kenyataan itu, Ismail Sabri sekali lagi mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat seluruh Keluarga Malaysia yang dikasihi.

Media Baharu