fb fb fb fb fb

MAIPk agih RM545,000 dana zakat kepada 545 pelajar di Perak

(FOTO MAIPk)

IPOH, 8 Oktober- Sejumlah RM545,000 dana zakat khusus bagi Bantuan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2023 diagih Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) kepada 545 pelajar seluruh negeri.

MAIPk menerusi kenyataan berkata, penyampaian biasiswa disempurnakan Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat Rohizan Omar pada program Seminar Motivasi Pecutan Akhir SPM yang diadakan baru-baru ini.

Pada seminar berkenaan, MAIPk menyampaikan biasiswa kepada penerima baharu terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima seramai 305 orang.

Setiap pelajar menerima Seribu Ringgit yang disalur kepada akaun pelajar melalui pemantauan sekolah.

Ia boleh digunakan sebagai persediaan membeli keperluan pembelajaran seperti buku rujukan dan peralatan menulis.

MAIPk berharap penyediaan biasiswa dapat membantu dan memastikan golongan kurang berkemampuan mendapat pendidikan yang sempurna seterusnya membantu anak-anak asnaf meningkatkan taraf hidup mereka.


(FOTO MAIPk)

Media Baharu