fb fb fb fb fb

Fokus sediakan ekosistem, tenaga kerja mahir depani kerjaya teknologi digital

(Majlis Penutup Karnival #Mydigitalmaker 2023)

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Malaysia perlu memberi fokus dalam menyediakan ekosistem dan tenaga kerja mahir khususnya dalam bidang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai persediaan mendepani kerjaya berasaskan teknologi digital.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, laporan Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyatakan lapan daripada 10 pekerjaan baharu memerlukan kemahiran teknologi digital dan kerjaya berasaskan teknologi digital itu meningkat hampir tiga kali ganda.

Beliau juga berkata langkah persediaan ini amat penting untuk meningkatkan kemampuan dan kebolehan ke arah alam pekerjaan di samping menanam rasa minat terhadap bidang STEM daripada bangku sekolah.

"Inisiatif #Mydigitalmaker merupakan antara salah satu komponen utamanya telah memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan ketersediaan tenaga kerja mahir negara.

"Sejak dilancarkan pada 2016, ia telah berjaya memanfaatkan lebih 2.5 juta pelajar sekolah,"katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Kementerian Komunikasi dan Digital Ma. Sivanesan Marimuthu, dalam ucapan pada Majlis Penutup Karnival #Mydigitalmaker 2023 di Ibu Negara.


(TKSU (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) KKD, Ma. Sivanesan Marimuthu)

Media Baharu