KUALA LANGART, 8 Oktober- Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan mengelolakan semua jentera perpaduan dari Kawasan Rukun Tetangga, KRT untuk mengekalkan perpaduan dan kejiranan masyarakat bagi mendepani cabaran proses perbandaran pada masa hadapan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dato Che Roslan Che Daud, program 'Jiranku Keluargaku' antara strategi yang dilaksanakan bagi mengembalikan hubungan silaturahim masyarakat setempat supaya dapat diteruskan generasi akan datang.
"Kita buat program Jiranku Keluargaku supaya kita dapat hadir secara fizikal dengan pelbagai aktiviti agar kita boleh bekerjasama dan akhirnya matlamat hubungan silatulrahim dan perpaduan antara komuniti itu dapat diperkukuhkan,"katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program 'Jiranku Keluargaku' Rewang Sekampung Perpaduan peringkat Selangor 2023 di Kuala Langat.
Berlangsung selama dua hari, pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya pertandingan memanjat tiang licin, kayuhan ziarah perpaduan kampung Endah, tayangan Wayang Pacak, sukaneka sukan rakyat dan rewang sekampung memasak Nasi Ambeng.
(KP Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Che Roslan Che Daud)