fb fb fb fb fb

MAINJ peruntuk RM3 juta bantuan baik pulih rumah dan harta benda akibat banjir

JOHOR BAHRU, 13 Januari - Sebanyak RM3 juta diperuntukkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bagi membantu penduduk terjejas banjir di negeri itu.

Sebanyak RM305,000 akan diserahkan kepada Pejabat Daerah Segamat diikuti RM268,000 untuk Pejabat Daerah Tangkak dan RM168, 500 ringgit kepada Pejabat Daerah Muar.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, sebanyak enam buah masjid terjejas teruk iaitu tiga buah di Segamat, dua di Tangkak dan satu Muar akan turut dibaik pulih segera selain bantuan kepada penduduk terjejas banjir.

"Bantuan kerosakan rumah yang mana bantuan boleh diminta terus daripada MAINJ lah.

"Kemudian bantuan-bantuan seperti kerosakan harta benda dan bantuan seperti menanggung segala keperluan pembelajaran anak-anak di sekolah, " katanya selepas melancarkan Misi Bantuan Pascabanjir MAINJ dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di Pusat Islam Iskandar, di sini.

Tambahnya lagi, MAINJ memperuntukkan sebanyak RM30,000 untuk baik pulih masjid dan RM10,000 untuk baik pulih surau.

Media Baharu