fb fb fb fb fb

MAINJ agih kutipan zakat lebih RM300 juta

ISKANDAR PUTERI, 25 April- Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengagihkan zakat berjumlah RM319.1 juta sepanjang tahun lalu.

MAIJ telah menerima lebih RM12 juta zakat perniagaan dan RM39.1 juta daripada anak-anak syarikat negeri dan agensi kerajaan .

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, menerusi kutipan itu, RM14.2 juta sudah diagihkan kepada 85,730 penerima fakir miskin, bagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

Manakala RM14 juta pula, diperuntukkan kepada beberapa institusi bagi menjaga kemaslahatan dan keperluan asas umat Islam.

"Selain itu, RM3.4 juta diperuntukkan bagi sumbangan pendidikan negeri, RM3.8 juta bagi menghargai jasa aktivis dan pertubuhan sukarelawan serta RM1.75 juta ringgit bagi pusat kesihatan dan perubatan.

"MAINJ turut memperuntukkan RM560,000 bagi membantu rumah - rumah kebajikan dalam negeri," katanya.


(Mohd Fared Mohd Khalid (kanan) dan  Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tengah) pada Majlis Pembayaran Zakat dan Kurniaan Bantuan Zakat MAINJ di Iskandar Puteri)

Mohd Fared berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pembayaran Zakat dan Kurniaan Bantuan Zakat MAINJ di Iskandar Puteri.

Hadir sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Media Baharu