fb fb fb fb fb

MAIDAM galak pemakaian pelitup muka di masjid, surau

Foto hiasan

KUALA TERENGGANU, 18 Disember- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menggalakkan semua jemaah masjid serta surau di negeri itu untuk memakai pelitup muka.
 
Perkara tersebut berikutan perkembangan semasa kes COVID-19 yang semakin meningkat.

Yang Dipertua MAIDAM Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, mesyuarat berhubung perkara itu akan diadakan pada Khamis ini.
 
Selain itu, MAIDAM turut bersedia untuk membantu Jabatan Kesihatan Terengganu bagi pembelian dos penggalak vaksin COVID-19.

"Saya sedang berbincang dengan Pengarah Kesihatan negeri bagi mengambil langkah untuk berjaga-jaga. Saya akan huhungi pihak kesihatan bagi menangani peningkatan ini.

"Ketika ini saya tidak berhasrat untuk menutup masjid seperti sebelum ini, namun kita akan mengutamakan penjagaan, dan perubatan," katanya.

Bagaimanapun perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan diadakan dalam masa terdekat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI