(Iskandar Mizal Mahmood)
KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Lembaga Pengarah Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan pengunduran Datuk Seri Iskandar Mizal Mahmood sebagai Pengarah Urusannya berkuat kuasa 24 Oktober ini.
MAHB menjelaskan, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Mohamed Rastam Shahrom akan mengambil alih peranan sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa 25 Oktober depan.
"Susulan pengumuman itu, MAHB menzahirkan penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan Datuk Seri Iskandar sepanjang perkhidmatannya.
"Mula menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan pada 1 Januari 2020, beliau telah menerajui beberapa transformasi yang menyumbang kepada pertumbuhan kumpulan," menurut kenyataan.
Langkah tersebut turut menghasilkan trajektori kukuh ke arah pemulihan kewangan daripada kesan pandemik global.
(Iskandar Mizal Mahmood)