fb fb fb fb fb

MADA beri jaminan El-Nino tidak jejas aktiviti penanaman padi

ALOR SETAR, 10 Mei- Fenomena El-Nino atau cuaca kering yang dijangka berlaku bulan ini, tidak akan menjejaskan aktiviti penanaman padi musim pertama (1/2023) di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

MADA menerusi kenyataannya memaklumkan, sumber air utama pengairan padi adalah daripada pelepasan empangan dan bekalan air pengairan mencukupi mengikut fasa-fasa pengairan jadual penanaman padi.

"Kapasiti takungan Empangan Pedu 71.89 peratus, Empangan Muda 55 peratus dan Empangan Ahning 97.47 peratus.

Jumlah takungan ketiga-tiga empangan mampu untuk memenuhi keperluan sumber air pengairan penanaman padi," menurut kenyataan itu.

(Foto hiasan)

MADA turut mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang fenomena El-Nino dengan memaksimumkan penggunaan stesen pam guna semula.

Ia bagi menjimatkan air dari empangan dan pengoperasian pam bergerak untuk membekalkan air ke kawasan tanah tinggi dan tanah bermasalah.

Media Baharu