(FOTO MET MALAYSIA)
KUALA LUMPUR, 10 Mei- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 melanda Selat Sunda, Indonesia pada pukul 12.24 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kemas kini terbaharunya memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 171 kilometer (km) barat daya dari Bandar Lampung, Indonesia dengan kedalaman 10km.
Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
(FOTO Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika, Indonesia)