LABUAN BAJO, 10 MEI - Malaysia mengusulkan penubuhan Tabung Dana Kewangan Asia (AMF) sebagai insiaitif untuk meningkatkan keselamatan dan kebebasan ekonomi rantau ini.
Cadangan itu dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan pandangannya pada sesi pembukaan dan pleno Sidang Kemuncak Asean ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia hari ini.
Beliau berkata, mekanisma di peringkat serantau itu membolehkan pemahaman kepada realiti dan keperluan negara-negara rantau ini untuk menerapkan langkah pemulihan yang sesuai dalam berhadapan pelbagai cabaran ekonomi.
Beliau juga turut mengalu-alukan hasrat pemimpin Asean untuk meningkatkan kesalinghubungan pembayaran serantau dan mempromosi penggunaan matawang tempatan bagi menyokong perdagangan rentas sempadan serta pelabuaran di Asean.
"Bagi menyokong inisiatif itu untuk meningkatkan kebebesan dan keselamatan ekonomi rantau ini, saya mencadangkan penubuhan Tabung Dana Kewangan Asia (AMF), suatu mekanisma serantauyang membolehkan kita memahamk realiti dan keperluan negara-negara di rantau ini seterusnya mencadangkan langkah pemulihan yang lebih bersesusian" kata beliau.
Tambahnya, semua negara anggota Asean perlu mempunyai keazaman bahawa Asean mempunyai kekuatan dan potensi untuk menentukan masa depannya sendiri.
Ini selari dengan Visi Komuniti Asean pasca 2025 yang akan mencorakkan hala tuju Strategik Asean untuk tempoh 2 dekad akan datang.
(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto RTM)