fb fb fb fb fb

MA63: Pemberian khas interim Sabah, Sarawak dinaikkan

Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63)/Foto PMO

KOTA KINABALU, 12 September - Pemberian khas interim kepada Sabah dan Sarawak, dinaikkan sekali ganda daripada RM300 juta tahun ini kepada RM600 juta tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kenaikan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang berlangsung lebih dua jam dan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MTPMA63, berkata walaupun kadar itu disemak setiap lima tahun tetapi Perdana Menteri telah memutuskan untuk menaikkan pemberian khas berkenaan lebih awal.

“Jadi RM300 juta untuk setiap negeri (Sabah dan Sarawak). Maknanya sekali ganda kenaikan. Ini akan bermula pada tahun 2025, Sepatutnya ia diumumkan sewaktu Bajet tetapi Perdana Menteri mengumumkkan dalam mesyuarat kali ini,” katanya.

Fadillah berkata pengumuman itu hanya melibatkan bayaran interim kerana formula pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak belum dimuktamad.

Trainee