fb fb fb fb fb

Luruan monsun dijangka 25 hingga 29 Disember

Foto arkib BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Disember –Luruan monsun dijangka berlaku bermula 25 hingga 29 Disember ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan timur Semenanjung sepanjang tempoh berkenaan.

Selain itu, angin kencang dan laut bergelora turut dijangka berlaku di Laut China Selatan, sekali gus meningkatkan risiko kepada aktiviti maritim dan perikanan.

"Orang ramai khususnya penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya berwaspada dan mengambil langkah keselamatan," katanya.

MET Malaysia menegaskan, maklumat cuaca terkini hanya perlu dirujuk melalui saluran rasmi termasuk laman sesawang met.gov.my, media sosial rasmi MET Malaysia dan aplikasi myCuaca.

Sebarang perubahan keadaan cuaca akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN