BESUT, 17 Jun - Beberapa lukisan dihasilkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Mustaqim Rosde, 21, seakan memberi gambaran kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik, Perak, 9 Jun lalu yang meragut nyawanya bersama 14 rakan lain.
Rasa itu dikongsi ibu Allahyarham, Juariah Abd Rahman, 48, selepas melihat kembali koleksi lukisan anak kedua daripada empat beradik itu.
Katanya, lukisan pemandangan jalan raya, penghadang jalan, sebuah bas dan lukisan tulisan kreatif berkaitan mati yang ditinggal arwah membuatnya benar-benar sebak.
"Bila tengok balik lukisan dia, baru saya perasan rupa-rupanya lukisan pemandangan jalan raya dan penghadang jalan seakan-akan beri gambaran kemalangan tersebut dan pengakhiran hidup dia," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Telaga Nibung, Hulu Besut.
Terdahulu, dia dan keluarga menerima kunjungi Menteri Besar Terengganu yang menziarahi 15 keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan tragis itu.
Dalam nasa sebak, Juariah bagaimana memahami lukisan anaknya itu dan memahami tragedi yang menimpa hanyalah satu kebetulan serta reda dengan pemergiannya.
"Dia seorang anak yang baik, selepas tamat tingkatan Enam, dia banyak berubah ke arah kebaikan. Saya reda dengan pemergiannya," katanya.
Juariah berkata, Muhamad Mustaqim meminati lukisan sejak di bangku sekolah mempunyai lebih 100 koleksi lukisan yang disimpan rapi di biliknya.
Bagaimapun, karya tersebut tidak akan dijual dan kekal menjadi pengubat rindu buat ahli keluarga.