fb fb fb fb fb

Lukanisman ketuai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul di Miri

Datuk Lukanisman (berbaju Melayu putih) menyertai perarakan Maulidur Rasul di Miri hari ini / FOTO RTM

MIRI ,16 September- Lebih 3,000 peserta daripada 50 kontijen menyertai majlis perhimpunan dan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat bahagian Miri 2024 di Perkarangan Dewan Suarah Miri pagi tadi.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Lukanisman Awang Sauni hadir menyempurnakan majlis tersebut sekali gus mengetuai perarakan sepanjang 2.5 kilometer itu.

Beliau dalam ucapannya menyeru agar semua rakyat Sarawak mengambil pengajaran daripada sunnah Rasulullah SAW yang menekankan perpaduan, keadilan, dan kasih sayang antara satu sama lain.

Jelasnya sesebuah masyarakat yang maju bukan hanya dilihat pada kemajuan fizikal dan teknologi, tetapi juga pada akhlak, integriti dan keadilan sosial yang dipraktikkan.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang perhiasan perarakan yang menarik sekali gus menobatkan Pasukan Masjid Nurul Jamilun Subhi Kampung Pujut Adong sebagai juara keseluruhan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE