fb fb fb fb fb

LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km

Anthony Loke Siew Fook

GEORGE TOWN, 11 Januari- Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang atau Penang South Reclamation Island-A (PSR-A).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, ia meliputi jajaran sepanjang 29.5 kilometer (km) bermula dari Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang merangkumi dua stesen terminus, iaitu di Penang Sentral dan KOMTAR.

"Kedua-dua laluan ini akan beroperasi secara selari menerusi penjadualan bergilir, memastikan perjalanan yang lebih lancar dengan masa perjalanan dioptimumkan.

"Satu daripada penambahbaikan utama bagi projek LRT Laluan Mutiara ini ialah sambungan stesen terminus dari Komtar ke Penang Sentral. Ia meningkatkan kesalinghubungan penduduk di kedua-dua belah selat Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang di Tapak Stesen LRT Bandar Sri Pinang di sini.

Majlis berkenaan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow serta Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Mohd Zarif Hashim.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI