fb fb fb fb fb

LRT Bukit Jalil lanjut operasi sempena Perlawanan Akhir Piala Malaysia, konsert Amy Search

Perkhidmatan di Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 tengah malam ini / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 26 April – Perkhidmatan di Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 tengah malam ini bagi memberi kemudahan kepada penumpang yang menghadiri Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia serta konsert solo pertama Amy Search yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan, lanjutan masa operasi itu turut melibatkan stesen-stesen sambungan bagi membolehkan penumpang pulang ke destinasi akhir masing-masing dengan selesa.

2604 LRT LANJUT OPERASI 2Foto Rapid Rail Sdn Bhd 

"Langkah ini diambil demi keselesaan dan kemudahan semua pengguna pengangkutan awam yang hadir ke acara besar malam ini," menurut kenyataan tersebut.

Orang ramai dinasihatkan menggunakan Kad Touch ‘n Go (TnG) bagi melancarkan perjalanan serta memastikan baki kad mencukupi.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN