fb fb fb fb fb

LRA Sungai Limau, Baling Kedah dihenti tugas

Foto Komunikasi Korporat SADA

BALING, 19 Oktober - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau di Baling Kedah terpaksa dihenti tugas menyebabkan 15,000 akaun pengguna terjejas

Ini selepas muka sauk loji tersebut tersumbat dan dipenuhi pasir serta selut akibat banjir yang berlaku sejak beberapa hari lalu hingga malam tadi.
 
Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) memaklumkan, henti tugas LRA berkenaan bermula 7.00 pagi tadi.
 
Ketika ini, kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan pihak SADA.

Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal.
 
Pengguna yang terkesan akan menerima bekalan air secara berperingkat selepas kerja-kerja pembersihan siap dilaksanakan.
 

Trainee2