fb fb fb fb fb

LPPKN laksana advokasi program keibubapaan, perkukuh insitusi keluarga

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 16 Disember-Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa melaksanakan advokasi menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi memastikan program pendidikan keibubapaan kekal relevan .

Menurut Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad  advokasi berterusan ini adalah langkah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran khususnya dalam penggunaan ICT ke arah pengukuhan institusi kekeluargaan.

“Pelancaran Pakej KASIH Madani yang merangkumi komponen kemahiran keibubapaan dan risiko penggunaan ICT, seperti KASIH Keibubapaan Digital, Pra Perkahwinan SMARTSTART 2.0, Kem Naungan KASIH dan KASIH Keluarga Ceria,

"Ia merupakan manifestasi keprihatinan kerajaan dalam menangani isu-isu kekeluargaan yang semakin kompleks,” katanya demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof  mengenai usaha Kementerian dalam  menangani isu kemahiran keibubapaan dalam cabaran era sosial media yang boleh menjejaskan aspek nilai kekeluargaan di Dewan Negara hari ini.

Sehingga kini, LPPKN telah melaksanakan 401 kursus PEKA dengan memberi manfaat kepada 11,917 peserta.

Manakala bagi KASIH Keibubapaan Digital pula sebanyak 40 kursus telah dijalankan melibatkan keseluruhan 1,129 peserta.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD