fb fb fb fb fb

LPP laksana pelbagai inisiatif baharu, tingkat jaminan sekuriti makanan

KUALA LUMPUR, 24 Jun - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) komited merancang dan melaksana pelbagai inisiatif baharu bagi mempertingkatkan jaminan sekuriti makanan negara.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azulita Salim, penggunaan teknologi terkini dalam sektor pertanian dilihat sebagai jalan terbaik memastikan pengeluaran makanan lebih menyeluruh.

Ia sekali gus dapat meningkatkan pendapatan petani, penggunaan sumber lebih selamat dan input pertanian yang lebih cekap.

Selain itu, LPP dan ahlinya turut diperkasakan supaya lebih proaktif melaksanakan aktiviti pertanian.

(Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim ketika ditemu bual Berita RTM selepas menjadi tetamu
program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri, Kuala Lumpur)

"Inisiatif yang kita perlu laksanakan seperti mana sekarang ini, kita lihat apa alternatif yang boleh kita gunakan selain apabila menerima cabaran kos pengeluaran yang meningkat, baja dan racun harganya meningkat, mungkin kita lihat alternatif baja secara organik yang boleh diguna, kemudian kita guna kaedah pertanian moden, 'smart farming' yang mana kita kurang menggunakan racun, seterusnya kita pastikan peladang-peladang muda ini menggunakan teknologi," kata beliau ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri, di sini.

Azulita turut mengalu-alukan penglibatan pihak swasta supaya teknologi pertanian dapat digunakan dengan lebih cekap.

Media Baharu