fb fb fb fb fb

Lori rempuh 11 kenderaan di Tambak Johor bawa muatan lebih had

(Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat (dua, kanan) menyaksikan Pegawai Forensik D10
Jabatan Siasatan Jenayah, Insp Fathuddin Zakaria (dua, kiri), mengendalikan dron yang digunakan untuk
memantau lalu lintas dalam Op Lancar di Jalan Tebrau/BERNAMA)

JOHOR BAHRU, 10 Julai- Lori yang merempuh 11 kenderaan di Tambak Johor menghala ke Singapura tiga hari lalu, disyaki membawa muatan melebihi had yang dibenarkan.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya juga telah membuat serbuan ke pejabat syarikat lori terbabit bagi melihat rekod-rekod penyelenggaraan.

Kamarul Zaman berkata pemandu lori berusia 34 tahun yang mempunyai 33 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan trafik itu, telah direman.

Beliau berkata perintah reman akan disambung sekiranya kertas siasatan masih belum lengkap.

"Lelaki itu ditahan pada pukul 1.15 tengah hari pada hari kejadian.

"Polis mendapati kemalangan yang berlaku pada sebelah pagi itu berpunca daripada masalah teknikal yang dialami lori membawa muatan habuk batu berkenaan.

"Sebanyak enam kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu merupakan kenderaan tempatan manakala enam lagi kenderaan asing<" katanya ketika ditemui dalam Op Lancar di Jalan Tebrau, di sini.

(Tangkap layar video tular sewaktu insiden rempuhan lori berkenaan di Tambak Johor, Khamis lalu)

Media Baharu