fb fb fb fb fb

Logo kasut mirip kalimah Allah: JAKIM beri peringatan tegas kepada syarikat terlibat

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff

PUTRAJAYA, 8 April - Syarikat yang terlibat dengan dakwaan logo di tapak kasut mirip kalimah Allah diberi peringatan tegas oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung isu tersebut.

Peringatan diberikan kepada Pengasas syarikat itu, Datuk Seri Ng Chuan Hoo atau dikenali sebagai Ah Foo semasa hadir memberi keterangan hampir sejam kepada pegawai JAKIM, pagi tadi.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata pihaknya juga menerima permohonan maaf daripada Ah Foo selain penjelasan kedudukan sebenar isu tersebut.

"Tindakan drastik telah diambil syarikat berkenaan dengan menarik balik serta-merta produk terbabit dari lebih 70 cawangan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak," katanya menerusi kenyataan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini memaklumkan menerima lapan laporan di seluruh negara berhubung isu terbabit.

Kertas siasatan dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN