
IPOH, 25 Julai – Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Flat Sungai Pari, Ipoh, petang semalam.
- Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai meninggalkan kawasan sekolah secara sukarela sebelum ditemui tidak sedarkan diri.
- Tiada petunjuk penglibatan pihak lain setakat ini, tetapi punca sebenar masih dalam siasatan.
- Punca kematian hanya disahkan selepas laporan bedah siasat dan analisis forensik diperoleh.
- Orang ramai diminta hubungi Bilik Gerakan IPD Ipoh 05-2451500 atau balai polis, serta menghormati privasi keluarga dan elak spekulasi.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai meninggalkan kawasan sekolah secara sukarela sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.
Setakat ini, siasatan tidak menemukan sebarang petunjuk yang menunjukkan penglibatan mana-mana pihak lain, namun punca sebenar kematian masih dalam siasatan.
“Punca kematian hanya akan disahkan selepas laporan bedah siasat serta analisis forensik diperoleh,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Polis turut menasihatkan orang ramai supaya menghormati privasi keluarga mangsa serta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan.