fb fb fb fb fb

LKAN 2022 :Anwar arah FELDA,LTAT kemuka laporan dalam tempoh dua minggu

Foto hiasan, /Foto RTM

PUTRAJAYA, 8 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan  (FELDA) menyerahkan laporan penuh dalam tempoh dua minggu berhubung prestasi kedua-dua agensi itu seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.

Menurut Perdana Menteri, notis sudah diberikan kepada agensi terbabit bagi mengemukakan penjelasan dan penerangan penuh berhubung perkara berkenaan.

"Kita hendak tentukan ada laporan lengkap supaya kelemahan diperbaiki dan kalau Ada apa-apa yang agak kurang baik Kita terpaksa ambil tindakan.

"Saya telah meminta laporan, Kita beri notis sekurang-kurangnya dalam dua minggu untuk memberikan laporan penuh dan kemudian kabinet akan membincangkannya", kata Anwar kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Amaniah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini.

Sementara itu, Anwar turut ditanya sama ada wajud keperluan bagi menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat isu berkenaan, Anwar memaklumkan laporan LKAN itu akan diteliti terlebih dahulu sebelum memberi peluang kepada kementerian serta agensi berkaitan untuk mengemukakan penjelasan.

Rabu lalu, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN),menerusi laporan penyata kewangan Agensi Persekutuan 2022, mendapati FELDA mengalami kerugian bersih berjumlah RM1.005 bilion.

Menurut laporan itu juga,LTAT menghadapi rizab yang negatif.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD