fb fb fb fb fb

Liputan internet di Sarawak capai 90.09% - Fahmi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 November- Liputan internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk Sarawak mencapai 90.09 peratus, setakat akhir bulan lepas.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, sebagai tambahan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang merangka solusi penyediaan internet untuk baki tiga peratus di kawasan berpenduduk melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2.

"Perancangan JENDELA Fasa 2 memerlukan penilaian dan pertimbangan kaedah pemberian perkhidmatan yang sesuai (fit for purpose) serta keupayaan dana pemberian perkhidmatan sejagat untuk membiayai perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi projek ini.

"Senarai lokasi awal bagi penyediaan perkhidmatan internet buat masa ini sedang dikenal pasti," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan Sarawak juga sedang membina 600 menara baharu untuk menambah baik liputan internet di negeri berkenaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM