KUALA LUMPUR, 3 Disember – Lima kawasan di Sarawak dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 12 tengah hari hari ini, menurut amaran cuaca dikeluarkan MetMalaysia.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata amaran itu melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong, susulan tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.
Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek dan berkuat kuasa tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
