fb fb fb fb fb

Lima jalan utama sekitar Stadium Merdeka akan ditutup, dilencongkan - Polis KL

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 23 September - Lima jalan utama di sekitar Stadium Merdeka akan ditutup serta dilencongkan secara berperingkat sempena Perlawanan Piala Sultan Selangor (PSS) pada Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dalam satu kenyataan memaklumkan, ia akan bermula pada pukul 2.00 petang sehingga tamat perlawanan membabitkan pasukan Selangor menentang Singapura.

Laluan terlibat ialah Jalan Maharajalela (Bulatan Merdeka), Jalan Hang Tuah (susur masuk ke Jalan Hang Jebat), Jalan Hang Jebat, Jalan Stadium serta Jalan Merdeka.

"Seramai 115 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran lalu lintas serta keselamatan pengguna jalan raya serta penyokong yang hadir.

"Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda dan arahan anggota PDRM yang berada di lokasi," menurut kenyataan itu.

Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk ke Stadium Merdeka bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI