RIYADH, 21 Oktober- Isu Palestin, antara yang dibincangkan bersama Liga Muslim Sedunia.
Kesempatan itu digunakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkunjung ke pejabat pertubuhan Islam yang berpengaruh iaitu Rabitah Alam Islami di Riyadh, Arab Saudi.
Kunjungan beliau bersama Menteri Luar Datuk Seri Dr Zamry Kadir disambut mesra Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia, Sheikh Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa.
Perbincangan melibatkan isu serangan terhadap Palestin dan kesepakatan yang harus diambil pimpinan negara-negara Islam dan rangkaian ulama sedunia.
Selain itu turut dibincangkan berkaitan isu dakwah dan pendidikan Islam bersempena Muzakarah Ulama' Antarabangsa yang akan dianjurkan di Malaysia kelak.