KUALA LUMPUR, 20 Oktober- UMNO menyokong penuh pendirian kerajaan Malaysia serta mengutuk tindakan kejam Regim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, atas nama kemanusian dan hak asasi, UMNO mendesak masyarakat dunia untuk bersatu dan bersama-sama atas satu suara dan upaya mempertahankan kedaulatan Palestin serta menghulurkan segera bantuan kemanusiaan.
UMNO turut menyelar sikap hipokrasi negara-negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dan kedaulatan namun bertindak sebaliknya dalam isu Palestin.
(Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki/fb UMNO online)
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn.
Jelasnya, UMNO akan mengaktifkan semula Tabung Muafakat Palestin bagi menyokong penuh inisiatif tabung kemanusian Palestin yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini jelas membuktikan komitmen seluruh ahli UMNO untuk bersolidariti bersama Palestin.
Peruntukan awal RM10 juta daripada Kerajaan Malaysia dan sasaran RM100 juta kutipan itu juga akan disokong oleh UMNO.