fb fb fb fb fb

LHDN tukar waktu operasi sepanjang bulan Ramadan

KUALA LUMPUR, 2 April- Kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di semua Pejabat Cawangan LHDN akan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.30 petang, pada Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini, kecuali di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi keempat-empat negeri itu, perkhidmatan bermula dan tamat pada waktu sama pada Ahad hingga Rabu, manakala pada Khamis, operasi ditetapkan pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 3.00 petang.

Bagi perkhidmatan Hasil Care Line dan Telefonis Cawangan pula, ia akan bermula dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 4.30 petang kecuali hari Khamis di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang akan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 3.00 petang.

(Foto fail)

Sementara itu, waktu operasi kaunter Pusat Bayaran Kuala Lumpur akan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang, Pusat Bayaran Kota Kinabalu (8.00 pagi hingga 3.00 petang) dan Pusat Bayaran Kuching (8.00 pagi hingga 4.00 petang).

LHDN dalam kenyataan itu turut menyarankan pelanggan supaya melakukan urusan percukaian secara dalam talian bagi memastikan risiko penularan wabak COVID-19 dapat dikurangkan.

Media Baharu