fb fb fb fb fb

Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak pada tahap baik

Gunung Ruang meletus di Sitaro, Sulawesi Utara pada 19 April lalu/AFP

KUALA LUMPUR, 23 April- Kualiti udara di Sabah dan Sarawak tidak terjejas berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU) susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia pada 16 April lepas.

Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, asap debu letusan tidak memberi kesan ketara kepada bacaan IPU stesen pengawasan kualiti udara di negeri berkenaan.

"Tiada peningkatan bacaan pencemaran terampai (PM2.5 dan PM10), sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), Ozon (O3) dan karbon monosida (CO) direkodkan," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, sebanyak 21 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik pada pukul 10.00 malam tadi dan 47 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana.

Sementara itu, tiada stesen yang mencatatkan status kualiti udara pada tahap tidak sihat.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan terus memantau bacaan IPU dari masa ke semasa dan bacaan IPU terkini setiap jam menerusi laman web, http://apims.doe.gov.my/.

Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyIPU pada 'Google Play'.

ARTIKEL BERKAITAN
Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tsunami
MAS, Air Asia batal beberapa penerbangan susulan letusan Gunung Ruang
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines tawar perubahan atau bayaran balik
Letusan Gunung Ruang: Penduduk dihujani batu kerikil hari ini
Letusan Gunung Ruang: Indonesia kekalkan amaran berjaga-jaga

SITI AISHAH MD ISA