fb fb fb fb fb

Lestarikan budaya sukan kepada semua kakitangan Jabatan

KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Inisiatif Jabatan Penyiaran Malaysia menubuhkan Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia langkah proaktif ke arah melestarikan budaya sukan kepada semua kakitangan Jabatan itu.

Penubuhan Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia merupakan langkah proaktif yang mampu merealisasikan matlamat tersebut.


(Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Roslan Che Daud merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara
peringkat Jabatan Penyiaran Malaysia di Angksapuri)

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Roslan Che Daud berkata, budaya sukan perlu diamalkan sepanjang masa dan tidak hanya dilakukan apabila adanya sambutan sukan tertentu.

"Pendaftaran kelab telah di luluskan oleh ros pada 20 mei 2022 dengan senarai jawatankuasa interim yang telah mengdakan beberapa mesyuarat sejak beberapa bulan yang lalu. pelbagai aktiviti sedang dirancang untuk memberi manfaat kepada semua termasuk aktiviti bersifat sosial, spiritual dan kebajikan," katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan sempena Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Jabatan Penyiaran Malaysia di Angksapuri.

Beliau berharap, pembabitan semua pihak dapat diteruskan pada masa akan datang, bagi menyokong budaya sukan di tempat kerja.




Media Baharu