fb fb fb fb fb

Lesen khas p-hailing akan dilaksana secara dalam talian melalui kursus induksi

KUALA LUMPUR, 11 Ogos- Penuggang perkhidmatan p-hailingperlu mengambil lesen vokasional khas dan ia berbeza dengan lesen vokasional GDL.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata lesen vokasional khas ini akan dilaksanakan secara dalam talian melalui kursus induksi.

"Saya semalam dah terangkan dan nampaknya ramai dah faham, mereka pun menyambut baik. Saya kata bukan GDL yang kita nak buat, lesen vokasional sebagai pendaftaran didaftarkan mereka mengikut kaedah undang- undang, itu sahaja. Jadi soal pembayaran tidak jadi masalah, akan dibuat 'token' dan saya dah bagi jaminan semalam pun sebelum ini saya pun dah kata saya akan bagi moratorium walaupun secara 'token'," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Rail Technology Expo (RTX) 2022 di KL Sentral, petang tadi.


(Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (kanan) pada program Rail Technology Expo (RTX) 2022 di KL Sentral)

Tambahnya, lesen vokasional khas itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada penunggang p-hailing selain membolehkan Kementerian Pengangkutan (MOT) mengetahui data lengkap bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada mereka.

Pihaknya sentiasa mendengar rintihan komuniti ini dan garis panduan tertentu akan dirangka setelah pindaan Akta berkaitan kawal selia p-hailing ini diwartakan.

Media Baharu